Menara Kinabalu
Menara Kinabalu

Menara Kinabalu

Menara Kinabalu (nama lama Pusat Pentadbiran Negeri Sabah) ialah pejabat kompleks bangunan kerajaan yang terletak di Kota Kinabalu, negeri Sabah, Malaysia.[4] Kompleks ini terdiri daripada sebuah menara pejabat 33 tingkat dan dua bangunan pejabat 9 tingkat dan menempatkan pejabat ketua menteri negeri dan anggota kabinet kerajaan negeri yang lain. Pembinaan bermula pada bulan Ogos 2011 dan dijangka disiapkan dalam tempoh 30 bulan.Kini, menara pejabat 33 tingkat itu menjadi bangunan tertinggi di Borneo setelah mengatasi ketinggian Wisma Sanyan di Sibu, Sarawak.Bermula 26 Ogos 2021, menara kompleks pentadbiran ini telah diwartakan dengan nama "Menara Kinabalu"[5][6].

Menara Kinabalu

Pemilik Kerajaan Negeri Sabah
Status Siap
Pembiayaan Anggaran jumlah RM600 juta
  • Struktur asas RM470 juta
  • Rekaan dalam RM130 juta
Koordinat 6°0′54″N 116°6′39″E / 6.01500°N 116.11083°E / 6.01500; 116.11083Koordinat: 6°0′54″N 116°6′39″E / 6.01500°N 116.11083°E / 6.01500; 116.11083
Disiapkan pada Sekitar Disember 2016
Pemaju Bina Puri[2][3]
Lokasi Kota Kinabalu, Malaysia
Bumbung 132.31 m (434.1 ka)[1]
Saiz 60,000 m²[2]
Bilangan tingkat 33
Jenis Pejabat